Akaun felinnafattah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PROGRAM HAJI CILIK HARMONY UTARA KEDAH

Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam yang berkemampuan. Justeru itu, Anak-anak kecil perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang ibadah Haji ini sejak di awal usia lagi serta dapat menerapkan rasa kasih dan cinta kepada Rasullullah.




Kami dari Harmony Excelence Holidays (Utara Kedah) telah membuat satu inisiatif bagi melaksanakan program simulasi Haji kepada anak-anak kecil seawal usia 4 tahun untuk belajar berkaitan ibadah Haji. 

Program Haji Cilik ini memberi pendedahan terperinci kepada peserta tentang teori dan amali dalam menyempurnakan rukun Islam yang kelima ini serta akan menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadah Haji. 

Secara tidak langsung akan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang topik haji dan umrah dalam pelajaran nanti.


Pelaksanaan program Haji cilik kepada usia yang masih kecil ini adalah penekanan bagi mereka merasa minat dan menanam keazaman untuk menunaikan ibadat Haji pada usia muda kerana mereka merasai pengalaman sendiri dan bersedia membuat persiapan rohani dan jasmani serta berniat mengerjakan Umrah dan Haji dari sejak kecil lagi.


Kenapa perlu memberi pendedahan awal untuk mengerjakan Haji kepada anak-anak kecil adalah supaya mereka dapat menyempurnakan ibadat Haji nanti serta faham erti mendapatkan Haji yang Mabrur. Program ini akan membantu .......

1. Menanam rasa sayang & cinta akan Rasulullah.

2. Menjalani amali pemakaian pakaian ihram.

3. Melakukan amali wajib dan rukun Haji seperti tawaf, melontar Jamrah, wukuf dan sebagainya.

4. Membaca dan menyebut lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji.

5. Mempraktikkan cara mengerjakan haji dan umrah dengan lebih sempurna.

6. Memberi pengalaman secara praktikal proses mengerjakan Haji.